Sekolah sepatutnya jadi tempat paling selamat

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 11:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah sepatutnya jadi tempat paling selamat

PETALING JAYA – Sekolah sepatutnya menjadi antara tempat paling selamat untuk anak-anak, justeru aspek keselamatan pelajar perlu diberikan perhatian serius susulan kematian tragis seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat.

Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari berkata, kejadian yang mengorbankan Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal itu amat mendukacitakan, selain menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di kawasan sekolah.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, khususnya nenek yang menjadi penjaga Irene Sofiya.

“Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

“Lebih membimbangkan apabila pihak polis dilaporkan menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadhli, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh tanpa sebarang spekulasi atau tindakan yang mendahului proses undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu menuntut Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan penjelasan serius berhubung tahap kawalan dan keselamatan yang dilaksanakan di sekolah.

“Bagaimana seorang pelajar boleh ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah dan apakah tahap kawalan serta keselamatan yang dilaksanakan ketika itu?

“Kita semua maklum ini bukan kes pertama kematian pelajar dalam kawasan sekolah yang dilaporkan media sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Sehubungan itu, Fadhli menggesa KPM melakukan audit segera terhadap aspek keselamatan sekolah, khususnya kawalan selepas waktu persekolahan, kelas tambahan, pemantauan kawasan sekolah serta mekanisme mengesan ancaman keganasan dan salah laku dalam kalangan pelajar.

“Sekolah sepatutnya menjadi antara tempat paling selamat untuk anak-anak kita. Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan satu kepercayaan besar bahawa keselamatan mereka akan dijaga.

“Kepercayaan ini tidak boleh dibiarkan terhakis. Jika terdapat kelemahan sistem, akuilah dan perbaikilah. Jangan tunggu satu lagi nyawa melayang sebelum tindakan lebih tegas diambil,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Sekolah sepatutnya jadi tempat paling selamat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved