
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 11% kepada RM732.5 bilion pada suku ketiga 2026 (3Q26), berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh, aktiviti pelancongan dan permintaan terhadap perkhidmatan digital.
Perdagangan Borong dan Runcit Jadi Penyumbang Utama
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 11.6% kepada RM554.7 bilion.
Prestasi itu turut disokong penganjuran acara besar seperti MAHA 2026, MATTA Fair, SUKMA, konsert dan cuti persekolahan.
Permintaan Digital dan Pengangkutan Terus Meningkat
Segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 9.7% kepada RM102.2 bilion.
Perkembangan pusat data, perkhidmatan pengkomputeran awan dan permintaan terhadap perkhidmatan kurier susulan peningkatan e-dagang menjadi antara pemacu utama.
Hartanah dan Perkhidmatan Lain Catat Pertumbuhan
Segmen perkhidmatan profesional, hartanah serta pentadbiran dan sokongan meningkat 7.8%, manakala sektor kesihatan swasta, pendidikan swasta, hiburan dan perkhidmatan peribadi berkembang 8.9%. Secara suku tahunan, hasil keseluruhan sektor perkhidmatan turut meningkat 2.5%.
Jumlah Pekerja dan Gaji Turut Bertambah
Dari segi pekerjaan, jumlah pekerja sektor perkhidmatan meningkat 2.2% kepada 4.7 juta orang, manakala pembayaran gaji dan upah naik 4.6% kepada RM36.1 bilion.
Pendapatan e-dagang turut meningkat 2.6% kepada RM335.8 bilion, mencerminkan perkembangan berterusan aktiviti perniagaan digital di Malaysia.
Nak tingkatkan ilmu trading dengan lebih tersusun?
Jom sertai INTRADAY Education di Telegram untuk dapatkan perkongsian pendidikan trading, info kelas dan bahan pembelajaran yang boleh bantu anda terus konsisten dan berjaya sebagai trader.
Tekan link di bawah dan join sekarang.
👉 JOIN CHANNEL INTRADAY EDUCATION: https://t.me/+A7vQ2utf5hM5ODNl






