“Selama Ini Ingat Seluruh Dewan Bedah Steril”, Penjelasan Mengenai Posisi Tangan Doktor Curi Perhatian

Health & FitnessLifestyle
11 Nov 2026 • 4:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Selama Ini Ingat Seluruh Dewan Bedah Steril”, Penjelasan Mengenai Posisi Tangan Doktor Curi Perhatian

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa doktor bedah sering dilihat mengangkat kedua-dua tangan di hadapan dada seperti sedang berdoa ketika berada di dewan bedah?

Persoalan itu dibangkitkan seorang pengguna Threads, @azhaposner, yang ingin mengetahui sebab di sebalik posisi tangan berkenaan.

“Rasa ingin tahu, kenapa doktor bedah perlu mengangkat tangan seperti sedang berdoa?” soalnya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, @amarsa778 yang dipercayai memahami prosedur berkenaan tampil memberikan penjelasan.

Menurutnya, pakar bedah perlu mematuhi peraturan dan etika yang ketat ketika berada di dewan bedah bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman sebelum dan selepas pembedahan.

Jelasnya, posisi tangan yang dimaksudkan itu dikenali sebagai kedudukan selamat dalam kawasan steril atau sterile field.

Katanya, selepas mencuci tangan menggunakan antiseptik dan memakai pakaian khas steril, tangan tidak boleh diturunkan melepasi paras pinggang kerana kawasan di bawah paras tersebut dianggap tidak steril.

Malah, doktor yang sudah melalui proses nyahkuman juga tidak boleh menyentuh sebarang objek sesuka hati. Jika perlu membetulkan cermin mata, bantuan petugas lain yang tidak terlibat dalam proses steril diperlukan.

Dalam pada itu, pengguna @rhmtlysa turut berseloroh dengan bertanya sama ada individu berkenaan sedang menonton kandungan doktor yang dikenali sebagai Doctor X.

Sementara itu, pengguna yang mengendalikan akaun @literally_an_animal_surgeon menjelaskan bahawa doktor mungkin turut berdoa, namun posisi tangan itu juga bertujuan mengekalkan keadaan steril.

“Dia betul-betul membaca doa. Selain itu, posisi tersebut juga untuk menjaga keadaan steril,” jelasnya.

Perkongsian itu turut membuka pengetahuan baharu kepada pengguna lain apabila @ubatmopiko mengakui sebelum ini menyangka seluruh kawasan dewan bedah merupakan kawasan steril.

“Selama ini saya ingat kawasan steril ini meliputi seluruh dewan bedah. Rupanya, ia berkaitan kawasan dari paras pinggang ke atas,” komennya.

Seorang lagi pengguna, @nda_didi pula menjelaskan bahawa doktor mungkin berdoa agar pesakit selamat, selain perlu memastikan tangan yang telah melalui proses nyahkuman berada di hadapan badan dan sekitar paras dada.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi mengelakkan tangan yang telah disteril daripada tersentuh permukaan yang tidak bersih, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan kuman ketika pembedahan.

Baca juga:

Menariknya, perkongsian itu turut memberikan ilmu baharu kepada pengguna lain apabila @xelazone_ mengucapkan terima kasih kepada individu yang mengajukan soalan berkenaan.

“Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Hari ini saya dapat ilmu baharu lagi,” responnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved