Selangor mahu buktikan Sukma mampu dianjur tanpa dana Persekutuan

8 Aug 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selangor mahu buktikan Sukma mampu dianjur tanpa dana Persekutuan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mahu membuktikan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026 mampu dilaksanakan dengan baik meskipun tanpa menerima sebarang dana daripada Kerajaan Persekutuan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, tumpuan kini diberikan kepada persiapan akhir temasya berkenaan yang akan berlangsung di 52 venue (tempat) di seluruh negeri. 

Katanya, kerajaan negeri menggunakan peruntukan sedia ada bagi memastikan penganjuran Sukma kali ini berjalan lancar dengan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM50 juta.

“Walaupun (Sukma) dianjurkan dalam peruntukan sangat terhad, kami (Selangor) akan membuktikan kami mampu menganjur Sukma dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penjenamaan Semula Pusat Akuatik Shah Alam kepada Pusat Akuatik Selangor di sini, hari ini. 

Majlis tersebut disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mohd. Najwan berkata, kerajaan negeri juga tidak lagi akan menghantar surat permohonan peruntukan kepada kerajaan Persekutuan bagi penganjuran Sukma 2026.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan pemberian peruntukan bagi penganjuran temasya itu pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor mahu buktikan Sukma mampu dianjur tanpa dana Persekutuan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved