Selepas 4 jam buat aduan terbuka, Syed Saddiq respons

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 9:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selepas 4 jam buat aduan terbuka, Syed Saddiq respons

PETALING JAYA – Keadaan pagar dawai yang rosak dan runtuh di sebuah tanah perkuburan di Parit Jamil, Benteng dekat Muar menimbulkan kebimbangan orang ramai apabila kawasan berkenaan didakwa dimasuki haiwan ternakan.

Perkara itu mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads @zattynia, memohon bantuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mendapatkan tindakan sewajarnya berhubung keadaan tanah perkuburan berkenaan.

Menerusi perkongsian itu, pengguna berkenaan mendakwa pagar yang mengelilingi kawasan perkuburan sudah banyak yang runtuh dan rosak sehingga membolehkan lembu keluar masuk ke kawasan tersebut.

“Banyak dah runtuh dan rosak. Sampai lembu keluar masuk meninggalkan sisa buangan dia,” katanya.

Pengguna itu turut menuat naik video serta gambar keadaan tanah perkuburan berkenaan yang menunjukkan bahagian pagar dawai kelihatan rebah, manakala kawasan sekitar kubur pula dipenuhi rumput dan tumbuhan liar.

Pengguna berkenaan juga memaklumkan bahawa dia sebelum ini sudah menghantar e-mel kepada pihak berkaitan, namun mendakwa masih belum menerima maklum balas.

“Saya ada email ke email rasmi YB tapi tak ada maklum balas, cuma nak minta bantuan, nak minta bantuan ganti pagar kawat ni bertempat kat tanah perkuburan Parit Jamil Benteng Muar,” katanya.

Aduan itu kemudian mendapat respons Syed Saddiq selepas empat jam ia dimuat naik yang meninggalkan komen pada hantaran pengguna berkenaan.

“Terima kasih. Saya akan ambil tindakan,” katanya sambil menandakan pihak terlibat lain @amir_fiqri dan @ssparlimenmuar.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial dengan lebih 2,800 tanda suka dan ratusan reaksi di ruangan komen setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Selepas 4 jam buat aduan terbuka, Syed Saddiq respons appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved