Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia) Semester 3 Sesi 1/2026

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 4:29 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 3 Sesi 1/2026 (Kohort 2025) akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2026 (Khamis) dan calon boleh memperoleh keputusan di kolej masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut melalui pautan rasmi myresultsvm.moe.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai peperiksaan ini.

Image from: Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia) Semester 3 Sesi 1/2026

Mengenai Sijil Vokasional Malaysia

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ialah kelayakan vokasional yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia, meliputi pengajian selama dua tahun yang menekankan kemahiran praktikal untuk melahirkan tenaga kerja mahir. 

SVM setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau memasuki pasaran kerja. 

Tempoh pengajian di peringkat ini ialah selama dua tahun dan dilaksana berdasarkan sistem semester.

Secara keseluruhan tempoh dua tahun pengajian merangkumi empat semester dan sistem penilaian pelajar adalah melalui pentaksiran berterusan (PB) yang diadakan sepanjang semester dan penilaian akhir (PA) pada setiap penghujung semester.

Cara Semakan Keputusan SVM 2026 & Pautan Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh disemak secara manual dan atas talian (online).

Slip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing.

Untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian, sila ke pautan
https://myresultsvm.moe.gov.my mulai 1 Oktober 2026 (Khamis), jam 10:00 pagi.

Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.

Anda hanya perlu isikan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran untuk membuat semakan.

Image from: Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia) Semester 3 Sesi 1/2026

Sila buat pilihan peperiksaan semester pelajar untuk mula membuat semakan keputusan.

    Rujuk Facebook rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk info terkini.

    Calon boleh mendapatkan keputusan secara atas talian melalui pautan berikut : https://myresultsvm.moe.gov.my

    Info Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM

    SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

    Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.

    SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM.

    Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?

    Rujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.
    Semoga dapat membantu!

    Image from: Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia) Semester 3 Sesi 1/2026
    Image from: Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia) Semester 3 Sesi 1/2026
    Keputusan svm
    Keputusan svm

    MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

    • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
    • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
    • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
    • Kompeten semua modul vokasional.

    Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

    Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).

    Soalan Lazim

    Apakah Sijil Vokasional Malaysia?

    Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ialah kelayakan vokasional yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia, meliputi pengajian selama dua tahun yang menekankan kemahiran praktikal untuk melahirkan tenaga kerja mahir. SVM setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau memasuki pasaran kerja. 

    Di mana boleh ambil Sijil Vokasional Malaysia?

    Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ditawarkan kepada pelajar yang telah tamat pengajian di Tingkatan Tiga. Pelajar yang berminat boleh memasuki Kolej Vokasional Malaysia untuk mendapatkan SVM.

    Berapa lama pengajian SVM?

    Tempoh pengajian di peringkat ini ialah selama dua tahun dan dilaksana berdasarkan sistem semester. Secara keseluruhan tempoh dua tahun pengajian merangkumi empat semester.

    Bagaimana penilaian dilakukan untuk SVM?

    Sistem penilaian pelajar adalah melalui pentaksiran berterusan (PB) yang diadakan sepanjang semester dan penilaian akhir (PA) pada setiap penghujung semester.

    Apakah halatuju SVM?

    Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

    Macam mana buat semakan keputusan SVM?

    Semua calon SVM yang terlibat boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di portal rasmi melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my

    Bilakah keputusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 3 Sesi 1/2026 (Kohort 2025) diumumkan?

    Keputusan akan diumumkan pada 1 Oktober 2026.

    Pukul berapa calon boleh mendapatkan keputusan?

    Calon boleh mula mendapatkan keputusan seawal pukul 10:00 pagi.

    Maklumat Lanjut

    Info lanjut mengenai Sijil Vokasional Malaysia, sila layari laman web https://lp.moe.gov.my/.

    Baca juga: Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM: Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2027/2028

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved