“Semoga Allah mudahkan, doakan ya”, Aisar Khaled minta doa netizen Indonesia beri sokongan

LocalBusiness & Finance
16 Sep 2026 • 9:49 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

“Semoga Allah mudahkan, doakan ya”, Aisar Khaled minta doa netizen Indonesia beri sokongan

KUALA LUMPUR – “Semoga Allah mudahkan, doakan ya.”

Itu hantaran ringkas pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled di Instagram Story ketika namanya menjadi perhatian susulan laporan polis dibuat terhadapnya di Indonesia membabitkan pertikaian berkaitan perjanjian pelaburan bernilai kira-kira 5.7 bilion rupiah (RM1.3 juta).

Di sebalik kemelut berkenaan, Aisar menerusi satu video terbaharu dilihat meneruskan aktiviti kebajikannya apabila memberi kejutan kepada tiga pekerja pembersihan warga asing dengan menyerahkan wang dalam mata wang rupiah untuk dikirim kepada keluarga mereka.

Tindakan itu mengundang reaksi netizen Indonesia yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa buat pempengaruh terbabit.

“Doa terbaik bang. Semoga Allah mudahkan, Allah jaga. Stay strong,” tulis seorang pengguna.

“Masya-Allah kamu anak yang kuat. Allah kekuatanmu,” komen seorang lagi netizen, manakala pengguna lain mendoakan agar Aisar sentiasa dilindungi Allah.

Terdahulu, Polda Metro Jaya mengesahkan menerima laporan terhadap Aisar pada Isnin berhubung dakwaan perbuatan curang. Sebuah agensi di Indonesia mendakwa masih terdapat kewajipan sekitar 5.7 bilion rupiah yang belum diselesaikan berkaitan perjanjian pelaburan.

Peguam agensi berkenaan, Michael Sugijanto mendakwa pihaknya sudah berusaha menyelesaikan pertikaian itu melalui komunikasi dan tiga notis tuntutan sebelum laporan polis dibuat. Menurutnya, perjanjian tersebut turut melibatkan komitmen Aisar untuk melakukan beberapa pekerjaan termasuk menghadiri acara.

Setakat laporan ini, dakwaan tersebut merupakan tuntutan pihak pelapor dan belum merupakan penentuan bersalah oleh mahkamah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved