Semua mangsa insiden ‘roller coaster’ Sunway Lagoon dibenarkan keluar hospital

2 Sep 2026 • 6:48 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Semua mangsa insiden ‘roller coaster’ Sunway Lagoon dibenarkan keluar hospital

PETALING JAYA – Semua pengunjung yang dimasukkan ke hospital susulan insiden membabitkan sebuah roller coaster di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu kini telah dibenarkan pulang selepas menjalani pemerhatian lanjut.

Sunway Theme Parks dalam kenyataan rasmi hari ini memaklumkan, pihaknya turut kekal berhubung rapat dengan individu terjejas bagi memastikan bantuan dan sokongan diperlukan terus diberikan.

Menurutnya, pihak pengurusan mengakui kejadian berkenaan memberi pengalaman mencemaskan kepada pengunjung terlibat selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga mereka.

“Kami amat kesal dengan apa yang dialami oleh pengunjung kami dan kekal berhubung rapat dengan mereka yang terjejas bagi menyediakan bantuan serta sokongan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Dalam pada itu, tarikan roller coaster yang terbabit dalam kejadian tersebut masih ditutup sementara siasatan diteruskan.

Sunway Theme Parks berkata, pihaknya memahami insiden berkenaan turut mencetuskan persoalan dan kebimbangan orang ramai mengenai aspek keselamatan tarikan di taman tema berkenaan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung kekal menjadi keutamaan tertinggi kami.

“Kami memahami bahawa insiden ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengunjung dan masyarakat umum mengenai keselamatan tarikan kami dan kami memandang serius kebimbangan tersebut,” katanya.

Pada masa sama, Sunway Theme Parks memaklumkan pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan serta memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan.

Pengurusan taman tema itu turut menegaskan komitmennya untuk mengekalkan tahap keselamatan tertinggi bagi memastikan kesejahteraan semua pengunjung.

The post Semua mangsa insiden ‘roller coaster’ Sunway Lagoon dibenarkan keluar hospital appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved