Semua Pengguna Google Gemini Kini Boleh Menjana Imej Dengan Model Imagen 3

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Imagen 3 adalah model kecerdasan buatan generatif menjana imej oleh Google yang paling berkuasa. Ia boleh menjana imej yang cukup realistik, nampak cantik dan lebih mudah memahami konteks prom pengguna secara lebih mendalam. Selepas sekian lama penggunaannya terhad ke pengguna terpilih, kini semua pengguna Gemini boleh menggunakan Imagen 3.

image is not available

Melalui Gemini Advanced atau Gemini percuma, pengguna boleh terus memasukkan prom untuk menjana imej yang lebih cantik, kemas dan nampak realistik. Google menjanjikan yang setiap imej dijana akan kurang bermasalah seperti tidak lagi mempunyai kesan artifak yang banyak, selain turut menjadi sedap mata untuk dipandang.

Imagen 3 melalui Gemini turut membenarkan pengguna menjana imej manusia yang realistik, cuma ciri ini terhad kepada pengguna Gemini Advanced dan imej-imej individu terkemuka tidak boleh dijana bagi menjaga privasi serta mengelakkan imej disalahgunakan.