Senyap-senyap, Malek McCrone nikahi Tina di Batu Pahat

EntertainmentLifestyle
13 Oct 2026 • 5:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Senyap-senyap, Malek McCrone nikahi Tina di Batu Pahat

PETALING JAYA – Pelakon kacak Malek McCrone selamat bergelar suami selepas diijabkabulkan dengan pasangan yang hanya ingin dikenali sebagai Tina, pada 9 Oktober 2026 di Batu Pahat, Johor.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung pada 10 Oktober 2026 di lokasi yang sama dalam suasana inti, dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Malek atau nama lengkapnya Malek Marcus McCrone, 32, memilih untuk mengekalkan privasi sepanjang majlis perkahwinannya dan tidak berkongsi banyak perincian mengenai hari bahagianya.

“Saya dan isteri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat kami.

“Kami berharap agar perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan,” kata Malek.

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Kanada itu juga enggan terlalu mendedahkan identiti isterinya kerana menghormati permintaan suri hatinya itu.

Majlis persandingan pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu turut dihadiri oleh rakan selebriti antaranya Sophia Albarakbah dan Shah Jaszle. – KOSMO! ONLINE

The post Senyap-senyap, Malek McCrone nikahi Tina di Batu Pahat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved