“Siap makan lagi!”, pekerja pasar raya luah kecewa sikap pelanggan

8 Sep 2026 • 8:19 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

“Siap makan lagi!”, pekerja pasar raya luah kecewa sikap pelanggan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja sebuah pasar raya di Pahang, di sini, meluahkan kekecewaan selepas mendakwa terdapat pelanggan yang mengambil dan memakan barangan jualan tanpa membuat bayaran.

Menurut lelaki berkenaan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, malah terlalu banyak perkara serupa didakwa berlaku di premis berkenaan.

Menerusi perkongsian menggunakan profil @Badawi Abusamah di media sosial, dia turut menggesa ibu bapa supaya lebih memantau tingkah laku anak-anak ketika berada di premis perniagaan.

“Kepada pelanggan-pelanggan, minta tolong sangat perhatikan anak-anak anda. Terlalu banyak masalah seperti ini. Siap makan lagi. Belum lagi biskut, pun buka siap pakej makan.

“Tolonglah ajar anak-anak anda semua. Saya tahu hantaran di sini jadi kesalahan dalam bekerja, tapi ini pun kerja saya juga. Mohon sangat-sangat ya,” katanya.

Luahan tersebut kemudian mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan pelanggan terbabit sekiranya benar berlaku seperti yang didakwa.

Sebahagian pengguna media sosial turut menggesa ibu bapa supaya memainkan peranan dalam mendidik dan memantau tingkah laku anak-anak ketika berada di tempat awam.

“Ramai ja yang macam ni. Jangan kan budak-budak, bapa budak pun ada. Dah makan kenyang-kenyang roti canai main pergi je tak bayar, ada yang tipu sebut nama roti. Agaknya apa yang dia orang fikir ya,” ujar @Are Zuee.

“Didikan mak ayah gagal sebab tu jadi macam ni. Bila mak ayah tak ajar anak daripada kecil, sampai ke tua la mencuri,” komen @Zairul Mohamad.

“Puncanya tiada adab dan tiada akhlak. Makan secara haram. Nauzubillah,” ujar @Norieana Muhd Noor.

Isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan pendidikan dan pengawasan ibu bapa bagi memastikan anak-anak memahami batas serta adab ketika berada di premis perniagaan.

The post “Siap makan lagi!”, pekerja pasar raya luah kecewa sikap pelanggan appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved