Siasatan pelaburan KWAP dalam eFishery masih berjalan

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 11:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siasatan pelaburan KWAP dalam eFishery masih berjalan

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaburan RM163.4 juta Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery masih berjalan termasuk mendapatkan dokumen dari luar negara.

SPRM berkata, beberapa keterangan dan dokumen berkaitan masih perlu diperoleh dari luar negara bagi melengkapkan siasatan berkenaan.

Katanya, proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA) sedang berjalan dengan Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Abu Dhabi.

“Ia mungkin mengambil masa kerana melibatkan prosedur perundangan dan bidang kuasa negara lain.

“Siasatan diteruskan. Setiap fakta diteliti. Setiap dokumen disemak kerana dalam setiap siasatan, SPRM bukan mengejar kesimpulan tetapi mencari kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut SPRM, setakat ini, seramai 19 individu telah dirakam keterangan termasuk pegawai KWAP, pegawai kanan Kementerian Kewangan dan Khazanah.

Namun, katanya belum ada tangkapan dibuat kerana siasatan masih belum menemukan keperluan untuk berbuat demikian.

“Yang penting untuk difahami, siasatan SPRM bukan sekadar mencari siapa yang salah.

“SPRM sedang meneliti sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, selain melihat aspek tatakelola termasuk prosedur, peraturan dan garis panduan yang mungkin perlu ditambah baik,” katanya. – UTUSAN

The post Siasatan pelaburan KWAP dalam eFishery masih berjalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved