Sindiket culik buru mangsa di Telegram, WeChat

10 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sindiket culik buru mangsa di Telegram, WeChat

KUALA LUMPUR – Berkenalan menerusi media sosial sebelum memerangkap mangsa dengan tawaran pekerjaan, percutian dan bersosial.

Itu antara taktik atau modus operandi yang dipercayai digunakan sindiket penculikan bagi menyasarkan mangsa khususnya warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, sindiket terbabit menggunakan aplikasi Telegram, WeChat dan Badoo untuk mencari dan mendekati mangsa sebelum mengajak mereka berjumpa atau datang ke Malaysia.

“Apabila sampai di Malaysia, salah seorang suspek wanita berusia 30-an akan mendampingi mangsa sebelum mangsa digerakkan dari satu rumah ke rumah yang lain,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan terbabit menggunakan inap desa sebagai lokasi untuk mengurung mangsa.

“Apabila telah bersemuka dengan suspek, mangsa akan ditangkap dan dikurung serta diarahkan untuk mendedahkan maklumat perbankan.

“Mangsa juga diminta menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakan bagi meminta wang sebagai tebusan untuk dibebaskan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai kenalan yang ditemui menerusi media sosial, terutama individu yang menawarkan pekerjaan dan percutian.

“Sentiasa ada perasaan syak wasangka dan elakkan sebarang perhubungan dengan individu yang tidak dikenali,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dengan mata ditutup dan tangan bergari dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.

Salah seorang mangsa iaitu lelaki warga Singapura berusia 72 tahun dipercayai telah ditawarkan pekerjaan di Malaysia sebelum dikurung sebaik tiba di Pulau Pinang pada 26 Julai lalu.

Sindiket berkenaan kemudian meminta mangsa menghubungi keluarga dan mendapatkan wang tebusan berjumlah SG$1 juta (RM3.2 juta). – KOSMO! ONLINE

The post Sindiket culik buru mangsa di Telegram, WeChat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved