Sindiket edar arak tidak bercukai tumpas, rampasan RM1.9 juta

1 Aug 2026 • 9:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket edar arak tidak bercukai tumpas, rampasan RM1.9 juta
Mohd Zaki

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket penyimpanan, pengedaran dan penjualan minuman keras tidak bercukai kastam yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu terbongkar menerusi dua serbuan berasingan di Puchong dan Klang, Selangor pada Khamis.

Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, seramai lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam Op Taring Alpha 2 itu.

"Operasi dijalankan hasil risikan terhadap sindiket yang dipercayai menjadikan beberapa lokasi di sekitar Pandamaran, Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang sebagai kawasan utama pengedaran minuman keras tidak bercukai kastam.

"Kita turut merampas 389 peti dan 255 kotak minuman keras pelbagai jenama, dua lori serta lima telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.9 juta," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 138 (1) (D) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

"Kegiatan penyeludupan minuman keras tidak bercukai bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil cukai negara, malah menjejaskan ekonomi, menggalakkan perdagangan haram dan berpotensi mengancam keselamatan negara jika tidak dibanteras secara berterusan," katanya.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, WCB/PSK merekodkan 21 kes dan 43 tangkapan membabitkan penyeludupan minuman keras tidak bercukai di seluruh negara dengan nilai rampasan mencecah lebih RM38.7 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved