Siri Samsung Galaxy Tab S9: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
26 Jul 2023 • 7:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Samsung dalam acara Unpacked 2023 yang berlangsung di Korea Selatan mengumumkan kemas kini pada barisan tablet mereka. Sebanyak tiga variasi tablet boleh anda pilih iaitu:

  • Samsung Galaxy Tab S9
  • Samsung Galaxy Tab S9+
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra

image is not available

Harga siri Samsung Galaxy Tab S9 di Malaysia

Siri Samsung Galaxy Tab S9 ditawarkan dalam variasi Wi-Fi sahaja ataupun 5G selular. Berikut adalah senarai harganya:

  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G dengan Keyboard (512GB) – RM7,149
  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G dengan Keyboard (256GB) – RM6,649
  • Galaxy Tab S9 Ultra dengan Keyboard (512GB) – RM6,499
  • Galaxy Tab S9 Ultra dengan Keyboard (256GB) – RM5,999
  • Galaxy Tab S9+ 5G dengan Keyboard (512GB) – RM5,849
  • Galaxy Tab S9+ dengan Keyboard (512GB) – RM5,199
  • Galaxy Tab S9+ 5G (256GB) – RM5,249
  • Galaxy Tab S9+ (256GB) – RM4,599
  • Galaxy Tab S9 5G dengan Keyboard (256GB) – RM4,849
  • Galaxy Tab S9 dengan Keyboard (256GB) – RM4,199
  • Galaxy Tab S9 5G (128GB) – RM4,349
  • Galaxy Tab S9 (128GB) – RM3,699

Tempahan awal untuk memiliki siri Galaxy Tab S9 di Malaysia berjalan sehingga 17 Ogos 2023. Berikut adalah promo-promo yang sedang berjalan sepanjang tempoh tersebut.

image is not available

Pertama adalah promosi "Double the Storage". Contohnya, anda bayar harga Tab S9 variasi 128GB tapi anda akan dapat varian 256GB. Begitu juga bila anda dapatkan Tab S9+ variasi 256GB, anda akan dapat variasi 512GB. Anda juga akan beroleh e-baucar RM100 untuk anda dapatkan aksesori-aksesori terpilih di gedung Samsung.

image is not available

Program tukar beli juga berjalan yang menawarkan rebat RM100 segera bila anda tukar beli gajet-gajet terpilih disamping anda beroleh 1% Samsung Rewards.

Penempah awal turut berpeluang untuk dapatkan Samsung Care pada harga 30% lebih murah daripada biasa.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan