
Snickers ialah sebuah jenama bar coklat yang terkenal untuk iklannya yang menenangkan individu yang mungkin marah kerana kelaparan ataupun hanya mahukan jajan ringkas untuk menghilangkan rasa lapar tersebut, dengan slogan “You’re not you when you’re hungry“.
Terkini, Snickers telah memperkenalkan sebuah laman web yang memperlihatkan bar coklat digital mereka yang boleh “disuapkan” kepada bot AI sekiranya ia memberikan anda jawapan yang mungkin tidak begitu bernas.

Melalui laman web ini, anda boleh menyalin “Snickers digital” dan memberinya kepada bot AI pilihan anda. Snickers sendiri mengatakan bahawa cara untuk mendapatkan “jawapan lebih baik” ini paling berkesan dengan bot ChatGPT, tetapi ia juga boleh dicuba dengan bot-bot AI yang lain jika anda mahukan.

Pada pendapat saya, kebolehan memberi “bot AI” yang dibangunkan oleh Snickers ini adalah satu jenaka semata-mata, tetapi jika anda seorang pengguna tegar bot AI, mungkin anda boleh mencubanya dengan bot-bot pilihan anda, seperti bot PMX AI yang sudah sebulan tidak beroperasi, mungkin kerana ianya lapar dan belum diberi makanan lagi.
Sumber: Snickers




