Southern Score Builders raih kontrak elektrik pusat data RM40 juta di Nilai

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 5:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Southern Score Builders raih kontrak elektrik pusat data RM40 juta di Nilai Image from: Southern Score Builders raih kontrak elektrik pusat data RM40 juta di Nilai hamden21/09/2026 - 17:28 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Sept - Southern Score Builders Bhd menerusi anak syarikat milik 51%, SJEE Engineering Sdn Bhd (SJEE), menerima surat anugerah (LOA) bernilai RM40 juta bagi melaksanakan kerja-kerja elektrik untuk projek pusat data di Nilai, Negeri Sembilan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu memberitahu, LOA yang diterima daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan bertarikh 21 September 2026 membabitkan kerja subkontrak yang merangkumi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan, penyelenggaraan serta waranti kerja-kerja elektrik.

 

Nilai kontrak sebanyak RM40 juta itu termasuk cukai jualan dan perkhidmatan dan tarikh mula projek ditetapkan pada 1 April 2026, manakala tarikh siap akhir dijangka pada 20 April 2027.

 

Penerimaan LOA itu tidak memberi kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham Southern Score Builders, selain tiada kesan serta-merta terhadap aset bersih sesaham dan gearing kumpulan.

 

Bagaimanapun, projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 dan seterusnya sehingga projek itu siap.

 

Southern Score Builders berkata, kumpulan tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan LOA dan projek berkenaan.

 

"Kumpulan akan mengambil langkah yang diperlukan bagi mengurangkan risiko tersebut apabila ia berlaku," katanya.

 

Penerimaan LOA itu dibuat dalam perjalanan biasa perniagaan SJEE dan tidak memerlukan kelulusan daripada pemegang saham Southern Score Builders atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.

 

Lembaga Pengarah Southern Score Builders berpendapat projek tersebut adalah dalam perjalanan biasa perniagaan dan demi kepentingan terbaik kumpulan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved