Inspace Creation raih kontrak RM35 juta bagi kerja ubah suai hartanah komersial

21 Sep 2026 • 6:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Inspace Creation raih kontrak RM35 juta bagi kerja ubah suai hartanah komersial Image from: Inspace Creation raih kontrak RM35 juta bagi kerja ubah suai hartanah komersial liza21/09/2026 - 18:32 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Sept – Inspace Creation Berhad menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, IDPM Builder Sdn Bhd memperoleh projek bernilai RM34.75 juta bagi kerja subkontrak pengubahsuaian dan penambahan hartanah komersial.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata IDPM Builder menerima dan menerima surat anugerah tersebut pada 21 September 2026 daripada sebuah syarikat swasta tempatan yang terbabit dalam industri pembinaan.

 

Bagaimanapun, identiti kontraktor utama dan pemilik projek, lokasi projek serta beberapa butiran khusus mengenai kerja berkenaan tidak didedahkan berikutan kewajipan kerahsiaan.

 

Nilai subkontrak itu berjumlah kira-kira RM34.75 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan serta cukai, levi atau duti kerajaan lain yang sedang atau akan berkuat kuasa.

 

Kerja berkenaan merangkumi pengubahsuaian dan penambahan bagi hartanah komersial dengan tarikh mula pada 21 September 2026 dan dijangka siap pada Julai 2028.

 

Sumbangan kepada hasil kumpulan

Inspace Creation berkata kerja subkontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, keuntungan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

Surat anugerah itu turut menetapkan tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam Sijil Siap Praktikal.

 

Sekiranya IDPM Builder gagal menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan, syarikat berkenaan boleh dikenakan ganti rugi yang telah ditetapkan mengikut terma surat anugerah.

 

Dalam pada itu, penerimaan surat anugerah tersebut tidak memberi kesan kepada modal saham dan pegangan pemegang saham utama Inspace Creation serta tidak memerlukan kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved