Steam Families Dilancarkan Bagi Memudahkan Perkongsian Koleksi Permainan Dengan Keluarga

TechnologyGamingDigital
12 Sep 2024 • 8:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Steam akhirnya memperkenalkan ciri Steam Families yang memudahkan perkongsian permainan video di kalangan ahli keluarga. Ciri ini diumumkan pada Mac lalu dalam ujian Beta dan telah diaktifkan pagi ini. Menerusinya enam akaun Steam boleh diletakkan di dalam satu kumpulan keluarga. Kesemua permainan yang dibeli oleh ahli keluarga boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dalam kumpulan keluarga yang sama tetapi tidak boleh secara serentak.

Ketua keluarga Steam Families juga boleh mengawal permainan apa yang boleh dimainkan setiap ahli, mengawal pembelian dan juga menapis kandungan yang mungkin dirasakan tidak sesuai. Jika satu sahaja permainan dibeli, ia hanya boleh dimainkan oleh seorang sahaja ahli pada satu-satu masa.

image is not available

Untuk permainan multi-pemain misalnya, lebih daripada satu unit permainan perlu dibeli. Setiap ahli akan mempunyai fail simpanan untuk permainan dan juga pencapaian peribadi. Ahli keluarga Steam Families walau bagaimanapun hanya boleh diubah sekali setahun.