Sukan Asia Aichi-Nagoya membuka tirai, Jepun jadi tuan rumah selepas 32 tahun

19 Sep 2026 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sukan Asia Aichi-Nagoya membuka tirai, Jepun jadi tuan rumah selepas 32 tahun
Anggota delegasi Jepun melambaikan bendera kebangsaan negara mereka semasa perarakan pada majlis pembukaan Sukan Asia 2026 di Stadium Paloma Mizuho di Nagoya. Foto AFP

SUKAN Asia Aichi-Nagoya bermula pada Sabtu, dengan Jepun menganjurkan temasya sukan benua itu buat kali pertama sejak 1994 dan mengalu-alukan 45 negara yang bertanding dalam 43 sukan, lapor Kyodo News.

Kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menjadi rebutan termasuk dalam sukan hoki, luncur air dan skuasy yang diadakan di Nagoya dan bandar lain di Wilayah Aichi, Shizuoka dan Gifu yang berdekatan, serta Tokyo dan Osaka.

Lebih 17,000 atlet dan pegawai mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung setiap empat tahun itu, menurut Majlis Olimpik Asia.

Jepun menghantar kontinjen terbesarnya iaitu 932 atlet, menyasarkan untuk melepasi rekod 78 pingat emas yang dicatatkan pada Sukan 1966 di Bangkok.

Sukan bukan Olimpik seperti sepak takraw dan kabadi turut ditampilkan bersama-sama e-sukan.

Jepun menjadi tuan rumah temasya itu buat kali ketiga, selepas Tokyo pada 1958 dan Hiroshima pada 1994.

Kenaikan kos dan peningkatan dalam bilangan sukan dan atlet menimbulkan cabaran pada jawatankuasa penganjur tempatan sejak Aichi dan ibu kotanya, Nagoya, dinamakan sebagai tuan rumah 2026 sedekad lepas.

Harga yang melambung tinggi telah menyebabkan anggaran kos asal 100 bilion yen (AS$637 juta) untuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia digabungkan kepada lebih 370 bilion yen, dengan kerajaan menyediakan 13.6 bilion yen dalam bentuk subsidi setelah menggubal langkah khas. - Bernama/Kyodo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved