Sukan Para Asia Aichi-Nagoya: Mordi Bimol optimis saingan kian sengit, usaha kenal pasti bakat baharu akan dipergiat

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Para Asia Aichi-Nagoya: Mordi Bimol optimis saingan kian sengit, usaha kenal pasti bakat baharu akan dipergiat

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Mordi Bimol, berkongsikan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk mencari pengganti kepada atlet-atlet senior supaya adanya kesinambungan positif menjelang temasya akan datang.

"Yang merisaukan sekarang adalah jumlah atlet para sudah bertambah, maka saingan itu ada. Jika dahulu masih baru, sekarang makin ramai dan saingan makin tinggi, ia beri cabaran berbeza.

"Kami juga menggalakkan pencarian atlet baru bagi menggantikan atlet lama, kami akan tangkap terus untuk persediaan kejohanan akan datang.

 

 

 

"Kami akan mempergiatkan usaha merekrut atlet baru menerusi Sekolah Pendidikan Khas dan Sukan Malaysia (SUKMA)." katanya.

Mordi ditemui di Majlis Sambutan Ketibaan Kontinjen Malaysia daripada temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di KLIA, Sepang, selepas mereka berjaya menuai enam emas, lapan perak dan 13 gangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved