Sukan permotoran miliki potensi besar untuk dikembangkan

13 Aug 2026 • 6:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan permotoran miliki potensi besar untuk dikembangkan

JOHOR BAHRU: Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim berharap kos penganjuran sukan permotoran dapat diturunkan bagi membolehkan sukan itu terus berkembang di peringkat tempatan pada masa depan.

Tunku Abdul Rahman berkata, perkara itu wajar bagi memastikan lebih ramai rakyat tempatan dapat melibatkan diri dalam sukan berkenaan, sama seperti sukan-sukan popular lain dalam negara.

“Potensi sukan permotoran dalam negara masih berkembang, dan masih boleh ditambah baik dan diketengahkan. Setakat ini saya rasa kita belum capai lagi tahap yang dimahukan.

“Antara inisiatif yang boleh diambil termasuklah mewujudkan insentif cukai untuk sukan permotoran atau kepada pasukan perlumbaan dalam negara. Sekiranya kita dapat memperoleh insentif cukai yang lebih baik, saya percaya hal itu akan membantu mengembangkan sukan ini.

“Jadi perlu ada langkah efektif dibuat khususnya melibatkan kos dan lain-lain, kerana selagi mahal, selagi itu akan susah untuk sukan ini berkembang dalam negara,” katanya ketika sesi soal jawab Motorsport Talk 2.0 di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.

Berangkat sama, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim. Turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna.

Tunku Abdul Rahman bagaimanapun mengakui sukan permotoran menelan belanja besar jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain.

“Salah satu isu terbesar berkaitan sukan ini adalah ia menelan belanja tinggi untuk semua pasukan. Sukan permotoran sama ada dua atau empat roda sememangnya tidak murah.

“Jadi saya berharap pihak kerajaan pada masa depan dapat meneliti perkara ini dan melihat peluang yang ada, memandangkan terdapat banyak potensi negara kita mengembangkan sukan ini,” katanya.

Pada program tersebut, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar berkongsi pengalaman serta perjalanan Johor Motorsports Racing (JMR) yang telah merangkul gelaran Pro-Am dalam perlumbaan CrowdStrike 24 Hours of Spa di Belgium, baru-baru ini.-UTUSAN

The post Sukan permotoran miliki potensi besar untuk dikembangkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved