Sukipt: Sayyeda-Syafiq pecah rekod kebangsaan

5 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukipt: Sayyeda-Syafiq pecah rekod kebangsaan

SUNGAI BESI – Gandingan Universiti Putra Malaysia (UPM), Sayyeda Khadeeja-Wan Muhamad Syafiq meraih emas 10 meter (m) air pistol berpasukan campuran pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 di Lapang Sasar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hari ini.

Lebih manis, pasangan itu turut mencipta rekod kebangsaan selepas mengumpul 458.4 mata, sekali gus memperbaiki catatan terdahulu 444.1 mata yang dilakukan Mumtazah Syahiidah Shamsuri-Umar Fareed Faroukh dalam saingan KPT-MASUM pada 19 April lalu.

Dalam acara berpasukan campuran itu, Sayyeda Khadeeja menyumbang 231.2 mata, manakala Wan Muhamad Syafiq mengumpul 227.2 mata untuk membantu UPM menghasilkan catatan baharu tersebut.

Jumlah 458.4 mata berkenaan menyaksikan pasangan UPM memperbaiki rekod lama sebanyak 14.3 mata, sekali gus mengukuhkan kemenangan mereka dalam saingan di lapang sasar UPNM itu.

UPNM 1 terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 451.6 mata, menerusi Khairunnabiha yang mencatat 220.9 mata dan Muhd Zainal ‘Azim dengan 230.7 mata.

Pingat gangsa pula menjadi milik UPNM 2 selepas gandingan Mumtazah Syahiidah dan Firas Darwish mengumpul 390.0 mata, dengan masing-masing mencatat 201.2 dan 188.8 mata.

Kejayaan memecahkan rekod kebangsaan itu turut membolehkan penembak yang mencipta rekod menerima insentif RM20,000, selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menggalakkan atlet mahasiswa mencungkil potensi dalam sukan, selain melahirkan lebih ramai wakil negara ke peringkat lebih tinggi. KOSMO! ONLINE

The post Sukipt: Sayyeda-Syafiq pecah rekod kebangsaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved