Sukipt: UM cipta kejutan raih ‘ibu pingat emas’

FootballSports
5 Sep 2026 • 10:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukipt: UM cipta kejutan raih ‘ibu pingat emas’

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) cipta kejutan ke atas juara bertahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk meraih pingat emas dengan menjuarai acara bola sepak Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 di UM Arena, sebentar tadi.

Selain memenangi ibu pingat emas, kejayaan 1-0 kali ini menyaksikan UM turut dinobatkan sebagai juara Piala Menteri Pendidikan Tinggi.

Aksi di babak pertama jelas menjadi milik UiTM yang dihidangkan deretan peluang terbaik untuk memperoleh gol pembukaan.

Kecemerlangan penjaga gol UM, Aghni Abdul Shukor Abduloh juga berjaya menyelamatkan gawang tuan rumah daripada dibocori.

Sebaik aksi memasuki masa kecederaan, Mohamed Amin Imran Mohamed Akbar cipta sensasi apabila meledak gol pertama perlawanan.

Lima minit selepas aksi bersambung, UiTM makin dihimpit tekanan apabila Wan Muhammad Aqil Hakimi Wan Ahmad Hazmi dilayangkan kad merah dan situasi itu seakan beri tenaga tambahan buat UM.

Memiliki kelebihan seorang pemain menyaksikan UM dilihat makin garang namun beberapa peluang gagal disudahkan dengan baik.

Kedua-dua pasukan terus menyajikan permainan menarik namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan.

UM turut menamatkan aksi dengan 10 pemain apabila Ameer Nur Iman Aminuddin turut dilayangkan kad merah pada masa kecederaan separuh masa kedua. – KOSMO! ONLINE

The post Sukipt: UM cipta kejutan raih ‘ibu pingat emas’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved