SUKMA 2026: Bola jaring beri tentangan sengit, sedia bangkit lawan Sabah esok

18 Aug 2026 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Bola jaring beri tentangan sengit, sedia bangkit lawan Sabah esok

KUALA SELANGOR, 18 OGOS: Ketua Jurulatih Bola Jaring Selangor, Puah Pei San menyifatkan barisan pemainnya mempamerkan aksi yang positif walaupun tewas 49-51 kepada Kedah dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B SUKMA 2026, di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata, pemain Selangor yang rata-ratanya berusia antara 17 hingga 18 tahun berjaya memberikan saingan kepada Kedah yang turut menampilkan beberapa pemain kebangsaan.

“Walaupun kita tidak berjaya mendapatkan mata pertama untuk kontinjen Selangor, saya kira pemain sudah pamerkan persembahan yang agak bagus untuk perlawanan pertama ini.

Image from: SUKMA 2026: Bola jaring beri tentangan sengit, sedia bangkit lawan Sabah esok
Jurulatih bola jaring wanita Selangor, Puah Pei San ditemui media selepas acara sukan bola jaring wanita Selangor ketika menentang Kedah dalam pusingan pertama saingan SUKMA 2026 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 18 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

“Kita menentang Kedah yang mempunyai beberapa pemain negara dan pasukan Selangor pula merupakan ‘underdog’, tetapi pemain yang sangat muda ini dapat memberikan tentangan hebat, jadi itu sangat membanggakan,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Menurutnya, pengalaman beraksi dalam perlawanan pertama di gelanggang sendiri menjadi satu permulaan baik buat sebahagian besar pemain Selangor yang baharu beraksi di pentas temasya itu.

Puah Pei San berkata, pasukannya akan memberi fokus kepada aksi seterusnya dengan memastikan pemain beraksi dengan lebih tenang dan sabar bagi memburu mata pada perlawanan esok menentang Sabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved