SUKMA 2026: Jurulatih tuntut 13 perenang Selangor tingkat prestasi di final

19 Aug 2026 • 12:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Jurulatih tuntut 13 perenang Selangor tingkat prestasi di final

SHAH ALAM, 19 OGOS: Ketua jurulatih renang Selangor, Mark Chua Yu Foong berpuas hati dengan aksi 13 perenang negeri itu yang mara ke final Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, namun menegaskan mereka perlu meningkatkan prestasi apabila turun beraksi petang ini.

Beliau berkata prestasi dalam sesi saringan belum boleh dijadikan ukuran kerana cabaran sebenar hanya akan ditentukan apabila atlet turun beraksi pada saingan final.

“Persembahan pagi tadi agak memuaskan kerana cuma saringan.

“Tetapi di final mereka perlu pertingkat prestasi dan harap dapat naik taraf lagi persembahan untuk petang ini,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Image from: SUKMA 2026: Jurulatih tuntut 13 perenang Selangor tingkat prestasi di final
Ketua jurulatih renang Selangor, Mark Chua Yu Foong, ditemu bual media selepas tamat sesi saringan di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam pada 19 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, seramai 13 perenang Selangor mengesahkan tempat ke final selepas mencatat keputusan positif dalam sesi saringan di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Mereka akan beraksi dalam lapan acara, termasuk gaya bebas, kuak dada, gaya lentang dan 400 meter gaya bebas.

Mengulas peluang meraih pingat, Mark berkata sasaran tetap diletakkan kepada atlet yang layak ke final, namun keputusan sebenar bergantung kepada prestasi mereka ketika perlumbaan berlangsung.

Katanya, setiap perenang perlu memperbaiki catatan masa masing-masing bagi meningkatkan peluang menamatkan perlumbaan dalam kelompok terbaik.

“Harap-harap kita boleh capai sasaran, tetapi kita tak tahu sampai mereka berenang petang ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved