Sukma 2026: ‘Strike’ gandingan Terengganu pacu pingat emas

18 Aug 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: ‘Strike’ gandingan Terengganu pacu pingat emas

PETALING JAYA – Persahabatan sejak di bangku sekolah membuahkan detik manis buat Wan Zarif Ikram Wan Mazlan dan Ahmad Hazim Syahmi Nik Mat apabila merangkul pingat emas acara beregu lelaki tenpin boling temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 buat kontinjen Terengganu, hari ini.

Pada aksi di Sunway Mega Lanes, Wan Zarif-Hazim Syahmi telah menjatuhkan 2,651 jatuhan pin untuk menewaskan gandingan Wilayah Persekutuan, Harits Helmi Azhar-Fauzul Aziem Norkamal dengan kelebihan hanya 12 pin.

Pingat gangsa menjadi milik pasangan Pulau Pinang, Akif Darwish Dzulhakimy-Aqil Faizal yang mengumpul 2,579 pin.

Kejayaan itu cukup bermakna buat Wan Zarif selepas dia gagal mempertahankan emas perseorangan yang dimenanginya pada Sukma 2024 apabila menduduki tangga ke-9, semalam.

“Segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya tidak menang pingat dalam perseorangan, tetapi saya tidak sedih kerana tahu saya sudah memberikan yang terbaik.

“Saya juga tahu masih banyak acara lain untuk saya perlu berikan perhatian,” kata atlet berusia 19 tahun itu.

Sementara itu, Hazim mengakui kejayaan menjadi hadiah paling bermakna sebelum meninggalkan pentas temasya Sukma memandangkan usianya kini sudah mencecah 21 tahun

“Ini Sukma terakhir saya, jadi sebelum datang ke sini memang saya sudah sasarkan pingat emas.

“Saya sangat bersyukur. Saya betul-betul terkejut kerana tidak percaya kami berjaya menang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: ‘Strike’ gandingan Terengganu pacu pingat emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved