Sukma 2026: WP raih pingat emas bersejarah

21 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: WP raih pingat emas bersejarah

SKUAD badminton Wilayah Persekutuan (WP) memastikan pingat emas pertama dalam acara badminton berpasukan lelaki sepanjang sejarah penyertaan di Sukan Malaysia (Sukma) selepas menjadi juara bagi edisi 2026.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam semalam, skuad Wilayah Persekutuan tidak berdepan tugas sukar apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang.

Lebih manis, kemenangan itu menyaksikan mereka berjaya menebus kekecewaan yang dialami lapan tahun lalu pada Sukma Perak 2018 di mana Wilayah Persekutuan akur tewas 0-3 kepada Pulau Pinang.

Jurulatih Wilayah Persekutuan, Celestine George berkata, persiapan selama dua tahun bagi menghadapi Sukma kali ini apabila barisan pemain menampilkan aksi cukup baik sepanjang perlawanan.

“Selepas aksi peringkat kumpulan, kami melakukan persiapan dengan membuat analisis pemain dan strategi. Untuk acara berpasukan menggunakan format Piala Thomas, kita tewas kepada Pulau Pinang di final 2018.

“Pengurus banyak melakukan persiapan dan selepas lapan tahun kita berjaya dapatkan pingat emas. Untuk mendapatkan semula pingat emas, memang satu pencapaian yang sangat berharga buat Wilayah Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Pingat gangsa acara tersebut menjadi milik Melaka yang berjaya menewaskan Kedah menerusi keputusan 3-1.

The post Sukma 2026: WP raih pingat emas bersejarah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved