SUKMA 2026: Yuan Yi mara ke final 400m gaya bebas wanita

22 Aug 2026 • 9:56 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Yuan Yi mara ke final 400m gaya bebas wanita

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perenang Selangor, Chong Yuan Yi mengesahkan tempat ke final acara 400 meter (m) gaya bebas wanita selepas mengungguli saringan kedua pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Akuatik Selangor, hari ini.

Yuan Yi merekodkan masa 4 minit 39.90 saat (s) untuk muncul juara saringan kedua sekali gus menghidupkan peluang menghadiahkan pingat buat Selangor.

Bagaimanapun, catatan itu masih belum dapat mengatasi rekod kejohanan 4:18.94s.

Sementara itu, seorang lagi wakil Selangor, Khew Zi Xian gagal melangkah ke final selepas menamatkan saingan di kedudukan kesembilan.

Acara final 400m gaya bebas wanita dijadual berlangsung petang ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved