Sunway Construction capai RM6.85 bilion kontrak baharu selepas raih projek RM1 bilion

LocalBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 9:08 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sunway Construction capai RM6.85 bilion kontrak baharu selepas raih projek RM1 bilion Image from: Sunway Construction capai RM6.85 bilion kontrak baharu selepas raih projek RM1 bilion liza24/08/2026 - 09:08 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Sunway Construction Group Berhad (SunCon) terus mengukuhkan perolehan kontrak baharunya apabila memperoleh satu lagi kontrak bernilai RM1.04 bilion daripada sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menjadikan jumlah perolehan kontrak baharunya bagi FY2027 mencecah RM6.85 bilion.

 

Kontrak berkenaan melibatkan kerja pemasangan dan kemasan sistem mekanikal, elektrik serta paip bagi kedua-dua projek tersebut.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata kerja berkenaan akan dimulakan serta-merta dan dijangka siap pada Mac 2028.

 

Namun, nama syarikat teknologi yang menjadi pelanggan serta lokasi sebenar kedua-dua projek tidak didedahkan oleh SunCon dalam makluman tersebut.

 

Kontrak Baharu Tingkatkan Nilai Perolehan

Projek terbaharu itu meningkatkan jumlah perolehan kontrak baharu SunCon bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027 (FY2027) kepada RM6.85 bilion.

 

Perolehan kontrak baharu merujuk kepada nilai projek yang berjaya diperoleh syarikat dalam tempoh kewangan berkenaan dan akan menyumbang kepada kerja serta hasil SunCon pada masa akan datang.

 

Prestasi itu hadir selepas SunCon mencatat peningkatan 56.4% dalam keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (1QFY2026), walaupun hasil syarikat lebih rendah berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Keuntungan bersih bagi suku tersebut meningkat kepada RM118.41 juta daripada RM75.72 juta pada 1QFY2025, didorong pelaksanaan projek khusus yang menawarkan margin keuntungan lebih tinggi serta pemulihan segmen konkrit pratuang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved