Suspek samun kedai serbaneka dicekup, miliki 52 rekod lampau

11 Aug 2026 • 12:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek samun kedai serbaneka dicekup, miliki 52 rekod lampau

JASIN – Dua lelaki diberkas polis selepas disyaki menyamun sebuah kedai serbaneka menggunakan pisau di Taman Maju di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 44 dan 45 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Pekan Jasin, Melaka dan Sagil, Tangkak, Johor kira-kira pukul 4.30 petang, Ahad lalu.

Menurutnya, kejadian samun itu berlaku kira-kira pukul 8.10 malam, 6 Ogos lalu sebelum polis menerima maklumat mengenainya daripada pengurus premis terbabit.

“Suspek pertama berusia 44 tahun ditahan di tepi jalan pekan Jasin, manakala tangkapan susulan terhadap suspek kedua berusia 45 tahun dilakukan di Sagil, Tangkak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Lee Robert berkata, semakan mendapati suspek pertama mempunyai 22 rekod lampau, manakala suspek kedua pula mempunyai 30 rekod lampau selain berstatus Orang Pengawasan Polis (OPP) IPD Tangkak.

“Suspek pertama mengaku membawa motosikal dan menunggu di luar kedai serbaneka berkenaan, manakala suspek kedua masuk ke dalam premis untuk melakukan samun.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Suspek samun kedai serbaneka dicekup, miliki 52 rekod lampau appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved