Suspek samun kondo mewah di Jalan Ampang masih diburu

10 Sep 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek samun kondo mewah di Jalan Ampang masih diburu

KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan 12 saksi bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata sehingga menyebabkan kerugian RM2.91 juta di sebuah kediaman mewah di Jalan Ampang, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, setakat ini identiti suspek masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan.

Katanya, siasatan turut melihat kemungkinan terdapat penglibatan ‘orang dalam’ atau bersubahat kerana kondominium tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.

“Ketika kejadian, pengadu (mangsa) berada dalam rumah bersama lapan mangsa lain. Setakat ini, rakaman percakapan telah diambil daripada 12 saksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 September lalu, seorang lelaki warga China berusia 28 tahun membuat laporan polis pada pukul 5.31 petang selepas rumahnya disamun sekumpulan lelaki bertopeng dan memakai sarung tangan.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 2 hingga 3 petang hari sama apabila beberapa suspek bersenjatakan pisau menceroboh rumah itu dan melarikan wang tunai, barangan kemas serta jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan RM2.91 juta.

Selain itu, telefon bimbit mangsa turut dirosakkan, manakala pasport dilarikan suspek. Kesemua mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan bagaimanapun tidak cedera. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek samun kondo mewah di Jalan Ampang masih diburu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved