Suspek tetak peneroka ada masalah mental

27 Oct 2026 • 1:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek tetak peneroka ada masalah mental

KOTA TINGGI – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian amukan sehingga menyebabkan seorang peneroka maut ditetak dengan kapak di Felda Lok Heng Selatan malam tadi dipercayai mempunyai masalah mental.

Kakak suspek yang mahu dikenali sebagai As, 54, berkata, kali terakhir adiknya mendapatkan rawatan dan mengambil ubat-ubatan untuk rawatan mental pada lapan tahun lalu.

Katanya, dia tidak menafikan adik bongsunya itu pernah mendapatkan rujukan di Persatuan Pengasih Johor Bahru kerana masalah dadah.

​”Selepas keluar dari pusat berkenaan, dia tidak mahu tinggal di situ dan berdepan kesukaran untuk berada di rumah. Dia mengalami masalah halusinasi dan pernah meminta untuk dihantar ke sekolah tahfiz sebelum merujuk ke Hospital Permai, Tampoi.

​”Bagaimanapun, pihak hospital mendapati halusinasi dan masalah mental dihadapi adalah berpunca daripada kesan penyalahgunaan bahan terlarang sebelum dia dibenarkan pulang rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Felda Lok Heng Selatan di sini hari ini.

​Menurut wanita itu, pihak hospital pernah membekalkan ubat penenang, namun adiknya hanya mengambil ubat tersebut selama dua bulan sebelum memutuskan untuk berhenti.

​”Dia seorang adik yang baik dia bekerja melakukan kerja-kerja kampung untuk mencari duit dan tidak pernah mengganggu orang lain. Sejak mak ayah meninggal dia duduk seorang diri di rumah. Dahulu saya duduk bersamanya tetapi disebabkan bimbang akan keadaan dirinya jadi kami duduk di rumah sewa dia menetap di rumah pusaka.

“Tetapi apa-apa hal memang dia akan mencari saya hendak makan ke atau ada apa-apa keperluan dia akan cari saya dan tidak pernah menimbulkan masalah di kampung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek tetak peneroka ada masalah mental appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved