Syarikat aksesori fesyen dan pakaian Bee Same Group dapat kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 12:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat aksesori fesyen dan pakaian Bee Same Group dapat kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Image from: Syarikat aksesori fesyen dan pakaian Bee Same Group dapat kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia liza07/10/2026 - 12:55 Selain jenama antarabangsa, kumpulan itu turut mempunyai beberapa jenama sendiri, antaranya RAV Design, Nicole, Nic by Nicole, monsieur Nicole, Nicole Exclusives, NE:SS, Ferrero dan Shedy - Gambar FB Nicole Malaysia Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Okt – Bee Same Group Berhad (BSG), kumpulan yang terlibat dalam perniagaan aksesori fesyen dan pakaian menerima kelulusan Bursa Malaysia Securities Berhad untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Syarikat itu menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2027, selepas melengkapkan proses penyenaraian dan tawaran awam permulaan (IPO).

 

BSG melalui anak syarikatnya terlibat dalam reka bentuk, pemasaran, pengedaran dan jualan runcit aksesori fesyen serta pakaian di bawah jenama berlesen, jenama yang diedarkan dan jenama milik sendiri.

 

Kumpulan itu turut membekalkan aksesori fesyen, pakaian serta produk gaya hidup kepada peruncit dan pelanggan korporat.

 

Lebih 40 tahun dalam industri fesyen

BSG mempunyai rekod operasi lebih 40 tahun sejak memulakan operasi pada 1984, dengan portfolio merangkumi hak lesen atau pengedaran bagi lapan jenama antarabangsa.

 

Jenama berkenaan ialah Obermain, Guy Laroche, Austin Reed, John Langford, Hush Puppies, Beverly Hills Polo Club, Lee Cooper dan Champion.

 

Selain jenama antarabangsa, kumpulan itu turut mempunyai beberapa jenama sendiri, antaranya RAV Design, Nicole, Nic by Nicole, monsieur Nicole, Nicole Exclusives, NE:SS, Ferrero dan Shedy.

 

BSG menggunakan pendekatan jualan pelbagai saluran menerusi 405 kaunter gedung serbaneka di Malaysia dan Brunei, selain rangkaian peruncit dan pemborong, saluran dalam talian serta butik miliknya di Malaysia.

 

IPO tawar 78.32 juta saham

Pengarah Urusan Kumpulan BSG, Liew Sam Min berkata, kelulusan Bursa Securities itu menjadi pencapaian penting dalam usaha kumpulan memperluas pendedahan pasaran dan mengembangkan perniagaannya.

 

Menurut beliau, sejak memulakan operasi pada 1984, BSG telah membina portfolio jenama antarabangsa dan tempatan yang disokong rangkaian pengedaran yang luas.

 

BSG berkata, selepas penyenaraian, kumpulan itu bercadang untuk terus mengembangkan jenama miliknya serta memperluas kehadiran runcit bagi mencapai lebih ramai pelanggan dan mengukuhkan kedudukan jenamanya dalam pasaran.

 

Bagi IPO, BSG akan menerbitkan 58.74 juta saham biasa baharu dan menawarkan untuk jualan 19.58 juta saham sedia ada.

 

Secara keseluruhan, sebanyak 78.32 juta saham itu mewakili kira-kira 30% daripada modal saham diperbesarkan BSG sebanyak 261.08 juta saham selepas penyenaraian.

 

TA Securities Holdings Berhad dilantik sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penjamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO tersebut. Needsbridge Consulting Sdn Bhd pula dilantik sebagai Penasihat Kewangan.

 

Selain pasaran Malaysia dan Brunei, kumpulan itu turut membekalkan aksesori fesyen, pakaian dan produk gaya hidup kepada peruncit serta pelanggan korporat di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Hong Kong. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved