TA Research optimis Southern Score Builders catat keuntungan tertinggi pada FY2027 disokong pelaksanaan projek lebih rancak

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 12:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TA Research optimis Southern Score Builders catat keuntungan tertinggi pada FY2027 disokong pelaksanaan projek lebih rancak Image from: TA Research optimis Southern Score Builders catat keuntungan tertinggi pada FY2027 disokong pelaksanaan projek lebih rancak liza06/11/2026 - 12:27 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Nov – Southern Score Builders Bhd dijangka mencatatkan satu lagi rekod keuntungan bersih teras tertinggi sebanyak RM92.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 (FY2027), meningkat 47.6% berbanding RM62.9 juta pada FY2026 didorong pelaksanaan projek pembinaan serta mekanikal dan elektrikal (M&E) yang semakin rancak.

 

TA Research berkata pertumbuhan pendapatan itu disokong buku tempahan projek belum dibilkan bernilai RM1.64 bilion selain prospek pemerolehan kontrak baharu terutama dalam segmen pusat data dan semikonduktor.

 

Menurut firma penyelidikan itu, segmen pembinaan Southern Score Builders mempunyai buku tempahan belum dibilkan bernilai RM1.05 bilion manakala segmen M&E mencatatkan baki buku tempahan sebanyak RM590.3 juta.

 

“Kira-kira 50% daripada buku tempahan M&E dijangka memasuki fasa pelaksanaan projek yang lebih aktif sekali gus membuka ruang kepada peningkatan pengiktirafan hasil dalam tempoh berkenaan,” kata TA Research dalam nota kajiannya.

 

Sasaran kontrak baharu sehingga RM1.1 bilion

Dari segi pemerolehan kontrak baharu, pengurusan menyasarkan Southern Score Builders memperoleh projek pembinaan bernilai RM400 juta hingga RM450 juta bagi FY2027 manakala anak syarikatnya, SJEE menyasarkan kontrak M&E sebanyak RM600 juta.

 

Ini menjadikan sasaran keseluruhan kontrak baharu kumpulan antara RM1 bilion hingga RM1.1 bilion bagi tahun kewangan berkenaan.

 

Setakat tahun kewangan terkini (YTD FY2027), kumpulan itu sudah memperoleh kontrak baharu bernilai RM471.5 juta, terdiri daripada projek M&E sebanyak RM291.5 juta dan kerja pembinaan RM180 juta.

 

Pencapaian itu mewakili kira-kira 42.9% daripada andaian pemerolehan kontrak baharu sebanyak RM1.1 bilion oleh TA Securities bagi FY2027.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan momentum pemerolehan kontrak kumpulan terus meningkat, disokong buku tender bernilai lebih RM1.15 bilion merangkumi kedua-dua segmen pembinaan dan M&E.

 

Antara peluang kontrak yang dikenal pasti dalam tempoh terdekat termasuk projek pembinaan berkaitan kerajaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), projek berkaitan semikonduktor serta beberapa pakej kerja M&E untuk pusat data.

 

Dividen berpotensi meningkat kepada dua sen sesaham

Dalam perkembangan lain, TA Research menjangkakan Southern Score Builders berpotensi menggandakan pembayaran dividen tahunan kepada dua sen sesaham bagi FY2027 berbanding satu sen sesaham yang dikekalkan dari FY2023 hingga FY2026.

 

Jangkaan itu mengambil kira peningkatan keuntungan serta aliran tunai kumpulan yang  bertambah baik. Berdasarkan harga penutup saham RM0.585, unjuran dividen berkenaan memberikan hasil dividen sekitar 3.4%.

 

Sementara itu, firma penyelidikan berkenaan menjangkakan margin keuntungan kumpulan kekal stabil pada FY2027 walaupun berdepan tekanan peningkatan harga bahan binaan, kos diesel dan kenaikan gaji minimum.

 

Kesan tekanan kos itu dijangka masih boleh diuruskan menerusi amalan pengurusan kos berhemat, perancangan perolehan bahan secara proaktif dan pelaksanaan projek yang berdisiplin.

 

Harga sasaran dinaikkan kepada 82 sen

Susulan prospek pendapatan yang dijangka terus meningkat, TA Research menaikkan harga sasaran Southern Score Builders kepada RM0.82 sesaham daripada RM0.70 sebelum ini, berdasarkan gandaan harga kepada pendapatan (P/E) sebanyak 15 kali bagi tahun kalendar 2027.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'Beli' terhadap saham berkenaan, dengan harga sasaran baharu tersebut mencerminkan potensi kenaikan sebanyak 40.2% berbanding harga penutup RM0.585.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved