
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berbuat baik merupakan perkara yang dituntut dan sentiasa digalakkan oleh setiap agama.
Malah bantuan yang dihulurkan mungkin dapat meringankan beban seseorang yang sedang dalam kesusahan.
Sesuatu bantuan yang diperlukan adakalanya tidak perlu terlalu besar atau melibatkan duit tetapi apa sahaja jenis pertolongan akan memberikan makna besar kepada mereka yang menerimanya.
Ramai puji suami isteri bantu hantarkan warga emas ke farmasi
Baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai bersama isterinya turut melakukan perkara sama kepada seorang wanita warga emas sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, awalnya kelihatan seorang lelaki sedang berkunjung ke farmasi dan di hadapannya terdapat seorang aunty.
Katanya, aunty tersebut sebelum ini telah dilihat berada di tepi jalan dan cuba menahan kereta mana-mana individu untuk meminta pertolongan bagi menghantarnya ke farmasi namun tiada siapa yang berhenti.
“Aunty ni tahan kereta kami sebab minta tolong bawa dia belikan ubat. Kalau kami tak berhenti, aunty ni kena jalan kaki,” ujar lelaki itu.
Suami warga emas berkenaan sudah meninggal dunia dan tiada anak
Jelas lelaki berkenaan, suami kepada aunty tersebut sudah pun meninggal dunia dan dia tidak mempunyai anak serta tinggal berdua bersama saudaranya.
“Dia cakap uncle sorang ni mungkin (sedara) kot dia tolong jagakan sebab sakit strok. Umur sekitar 80 tahun, kalau kami tak berhenti dia kena jalan kaki pergi beli ubat.”
Dalam video kelihatan lelaki itu menghantar warga emas berkenaan pulang sambil memimpinnya masuk ke dalam rumah.
Malah dia turut memberikan nombor telefon kepada aunty berkenaan bagi memudahkannya untuk meminta bantuan.
Terima kasih orang baik tolong aunty ni. Katanya aunty ni banyak kali tahan kereta sebab nak pergi beli ubat dekat farmasi.
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 22, 2025
Suami dah meninggal. Aunty ni pula umur dah 80 tahun. Sebaknya tengok 🥹 pic.twitter.com/yU3CnNJvLk
Siap hantar sup ayam kepada aunty
Apa yang lebih menarik perhatian, lelaki itu bersama isteri turut kembali melawat aunty berkenaan sambil membawa makanan kepada warga emas terbabit.
Kelihatan warga emas itu mengambil makanan tersebut dengan penuh gembira.
“Petang semalam masakkan sup ayam pergi hantar dekat aunty. Dia gembira dapat sup ayam,” jelasnya.
Ramai puji tindakan mulia lelaki dan isteri bantu warga emas
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji lelaki dan isterinya atas tindakan murni membantu warga emas berkenaan.
Malah ada juga yang mendoakan agar rezeki mereka sentiasa dimurahkan kerana sudah membantu warga emas itu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah membantu warga emas dan individu itu mendoakan mereka selepas menghulurkan bantuan meskipun awalnya tidak mengharapkan sebarang balasan.
“Pada adik yang tolong aunty ni memang mulia hati dia, aku pasti adik ni akan rasa gembira sebab dapat tolong aunty ni”

“Semoga Allah murahkan rezeki dan memberi limpah rahmat pada abang yang baik hati ni”

“Orang Malaysia memang baik-baik belaka. Alhamdulillah”


![“Lambat Duduk Luar” – Pensyarah Mahu Kunci Pintu Bilik Kuliah Sebagai ‘Denda’ Pelajar Lewat Cetus Debat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)
![“Dari Tesis Ke Business” – Ramai Puji Wanita Guna Ilmu Ketika Belajar Untuk Berniaga Burger [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![TikToker Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa, Biar Anak Tak Pergi Sekolah Hanya Sebab Bangun Lambat Cetus Perdebatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

