
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kesihatan merupakan aspek paling penting dan sering dijaga oleh kebanyakan individu.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis duit membeli suplemen bagi memastikan kesihatan diri terpelihara dan mengelak daripada dijangkiti penyakit serius.
Umumnya, suplemen adalah makanan tambahan dalam bentuk makanan atau minuman yang memberi nutrisi baik untuk badan.
Namun, tidak semua orang berkemampuan membeli suplemen untuk kesihatan diri. Manakan tidak, duit yang ada perlu diguna untuk menampung perbelanjaan perkara lain yang lebih penting.
Air Kosong ‘Suplemen’ Paling Baik Untuk Kesihatan Manusia
Pun begitu, jangan risau kerana Doktor Pakar Jantung terkenal, Dr Onn Akbar Ali ada berkongsikan empat jenis ‘suplemen’ percuma yang baik untuk kesihatan diri dalam video di TikTok miliknya.
Terang Dr Onn yang merupakan pakar jantung di Hospital KPJ Kajang, Selangor, supplemen pertama yang paling baik adalah air kosong.
Ini kerana jelas beliau, minuman ini adalah minuman yang paling baik untuk kesihatan manusia.
“Tak payah minum air manis, tak payah minum teh tarik manis, pergi kedai mahal-mahal, beli kopi RM15 satu hari, banyak gula, tak perlu,” katanya.
Bahan Semulajadi Seperti Angin & Rumput Pun Antara Suplemen Terbaik
Selain air kosong, suplemen kedua yang terbaik adalah udara. Ini kerana jelasnya kebanyakan penyakit di Malaysia adalah berpunca daripada pemakanan.
Menerusi perkongsian itu, udara yang dimaksudkan oleh Dr Onn adalah dengan berpuasa.
“Suplemen kedua adalah angin, makan udara sebab antara punca penyakit di Malaysia adalah terlalu banyak makan dan minum.
“Buat intermittent fasting, badan kau akan jadi lebih sihat” katanya lagi.
Suplemen ketiga yang disyorkan oleh beliau yang sesuai ‘diambil’ oleh orang ramai adalah rumput.
Terangnya, seseorang itu disaran untuk berjalan atas rumput atau grounding yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan diri.
“Bukan suruh makan jadi macam kambing atau lembu. Aku nak kau jalan atas rumput.
“Sebab jalan atas rumput adalah senaman paling baik. Rumput lembut, dia tidak akan menyakitkan kaki atau lutut. Jalan atas rumput akan buat seseorang makin sihat,” katanya.
Memetik laman Lawn Starter, antara kebaikan berjalan di atas rumput antaranya adalah dapat meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan hormon stres, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menyokong kesihatan mental dengan mengurangkan kebimbangan atau keresahan (anxiety).
Otak Pun Boleh Jadi ‘Suplemen’ Terbaik Untuk Manusia?
Jelas Dr Onn lagi, otak manusia juga merupakan suplemen terbaik dalam kesihatan manusia.
Ia bukanlah bermaksud seseorang itu perlu makan otak haiwan seperti lembu atau kambing, namun sebenarnya terdapat mesej tersirat yang perlu difahami.
“Bukan aku cakap makan otak lembu atau kambing. Guna otak kita untuk fikir dan dapatkan ilmu.
“Supaya kita tidak terpedaya dengan orang yang tidak bertauliah atau bukan doktor jual suplemen, jual macam-macam jus, produk yang berisiko untuk buah pinggang dan kesihatan kita,” tegasnya.
Aku jarang nak suggest supplement. Tapi kali ni, aku bagi tahu supplement apa yang engkau boleh ambil. #dronn #pakarjantung #kpjkajang #supplements
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Jenis Suplemen Yang Diberi Doktor, Murah & Tak Perlu Modal Banyak
Perkongsian yang telah mendapat lebih 73,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji jenis suplemen yang disyorkan oleh pakar jantung itu.
Manakan tidak, ia amat mudah didapati malah individu juga tidak perlu keluarkan modal yang banyak.
Malah, ada juga yang menzahirkan ucapan terima kasih atas perkongsian beliau itu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Suplemen Yang Doktor Bagi Semua Free & Tak Perlu Modal”

“Terima Kasih Doktor Atas Peringatan”

“Saya Dah Scroll Bila Dr Start Suruh Suplimen Tapi Undur Balik, Takkan Dr Suruh Makan Suplimen, Baru Dengar Sampai Habis”

Baca Artikel Berkaitan: Gula Atau Garam, Mana Lebih Bahaya? Ini Penjelasan Doktor Pakar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kena Penyakit Hati Berlemak Sebab Banyak Makan Lemak? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Source:


![“Elak Gaji Kena Potong Ke Ni” – Telatah Sir Uzairi Ajar Tetamu Matematik Ketika Bersanding Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)


![[Review] Xiaomi OpenWear Stereo Pro, Lebih Selesa Layan Muzik Tanpa Tekanan Di Telinga](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)