
JAKARTA – Seorang lelaki di Muara Teweh, wilayah Kalimantan Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup meninggalkan motosikalnya semasa berhenti di lampu isyarat merah untuk berteduh.
Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan lelaki itu berteduh di bawah pokok dan meninggalkan motosikalnya di tengah jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Selepas lampu bertukar hijau, dia bergegas menaiki motosikalnya dan meneruskan perjalanan.
Dia berbuat sedemikian kerana tidak tahan dengan cuaca panas.
Rakaman itu mencatatkan lebih 27,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lain kali bawa payung supaya tidak kepanasan,” kata seorang netizen.
“Boleh cuba!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Tak tahan panas, ‘rider’ tinggalkan motosikal semasa lampu merah appeared first on Kosmo Digital.





