Tanah pusat data RM400 juta berpotensi sokong momentum jualan Eco World pada 4QFY26 - Penganalisis

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 11:26 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tanah pusat data RM400 juta berpotensi sokong momentum jualan Eco World pada 4QFY26 - Penganalisis Image from: Tanah pusat data RM400 juta berpotensi sokong momentum jualan Eco World pada 4QFY26 - Penganalisis liza25/09/2026 - 11:26 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 Sept – Momentum jualan Eco World Development Group Bhd terus mendapat sokongan daripada segmen hartanah pusat data dengan baki bernilai RM300 juta hingga RM400 juta dijangka direalisasikan pada suku keempat FY2026, kata penganalisis.

 

Jualan kumpulan yang mencecah RM5 bilion jauh mengatasi sasaran RM4 bilion bagi tahun kewangan 2026 (FY2026) dilihat sebagai perkembangan penting kepada EcoWorld, terutama selepas penjualan tanah Eco Business Park 7 di Negeri Sembilan bernilai kira-kira RM1 bilion. 

 

Penganalisis berkata penjualan tanah kepada pemain pusat data juga menjadi antara pemacu penting prestasi Eco World dengan transaksi berkenaan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan bersih teras bagi tempoh sembilan bulan FY2026 (9MFY26).

 

Namun, penganalisis berbeza pandangan apabila menilai kesan margin dan prospek keuntungan Eco World.

 

MBSB Research lebih berhati-hati terhadap tekanan margin

MBSB Research berkata pendapatan bersih teras Eco World bagi 9MFY26 sebanyak RM396.9 juta berada di bawah jangkaannya, terutama disebabkan margin yang lebih rendah daripada jangkaan dan kadar cukai yang lebih tinggi.

 

Pada 3QFY26, pendapatan bersih teras susut 13.4% kepada RM111.3 juta berbanding suku sebelumnya walaupun hasil meningkat 21.8%. 

 

Margin untung kasar turut mengecil kepada 27.2% daripada 31.3% pada suku kedua berikutan kos yang lebih tinggi.

 

“Tekanan turut datang daripada peningkatan perbelanjaan jualan, pemasaran dan pentadbiran, manakala kadar cukai efektif meningkat kepada 26.3% daripada 23.1%. 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan EcoWorld cecah RM5 bilion buat kali pertama, lepasi sasaran FY26

 

“Bagaimanapun, pendapatan bersih teras 9MFY26 masih meningkat 34.4% tahun ke tahun, didorong terutama oleh penjualan tanah kepada pemain pusat data pada 1QFY26,” katanya dalam nota kajian.

 

MBSB Research menurunkan unjuran pendapatan Eco World bagi FY2026 hingga FY2028 masing-masing sebanyak 10.4%, 4% dan 4.9%, susulan prospek margin yang lebih rendah. Firma itu turut menurunkan harga sasaran kepada RM1.97 daripada RM2.09 dan mengekalkan saranan ‘Neutral’.

 

RHB Research kekal positif terhadap prospek jualan

Sebaliknya, RHB Research mengekalkan unjuran pendapatan Eco World bagi FY2026 hingga FY2028 selepas mengambil kira momentum jualan yang kekal tinggi.

 

Firma tersebut berkata wilayah Selatan menyumbang RM1.966 bilion atau 49% daripada jumlah jualan manakala Eco Botanic 3 menjana RM967 juta jualan kediaman. EBP 7 di Negeri Sembilan dan Quantum Edge pula masing-masing menjana RM942 juta dan RM281 juta.

 

RHB Research turut menekankan permintaan domestik terhadap segmen perindustrian, dengan kira-kira RM800 juta lot perindustrian dan kilang siap bina di EBP 7 telah dijual kepada pemain industri dan pembuatan tempatan sejak dilancarkan pada November 2025.

 

Bagi prospek seterusnya, RHB Research menjangkakan baki penjualan tanah pusat data bernilai RM300 juta hingga RM400 juta akan menyokong keputusan 4QFY26. 

 

Penjualan tanah bernilai RM280.8 juta kepada KNBDC pula dijangka diiktiraf pada separuh pertama FY2027.

 

RHB Research mengekalkan saranan ‘Beli’ dengan harga sasaran RM2.66 berbanding RM1.94 dan mengunjurkan keuntungan bersih berulang Eco World sebanyak RM531 juta bagi FY2026, RM580 juta bagi FY2027 dan RM670 juta bagi FY2028. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved