Tecno Watch 3 Active Ditawarkan Pada Harga RM299 – Skrin Besar Dan Bateri 12 Hari

TechnologySports
3 Apr 2026 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tecno meluaskan pernawaran peranti di Malaysia dengan memperkenalkan jam tangan Watch 3 Active. Ia memberi tumpuan terhadap ketahanan IP68, skrin besar serta bateri dengan jangka hayat memadai. Rekaan skrin empat segi dengan sisi melengkung digabungkan bersama tali silikon dilihat menjadikannya sesuai digunakan sepanjang hari termasuk ketika bersukan.

image is not available

Tecno Watch 3 Active hadir dengan skrin 2.02″ HD yang dipadankan dengan tubuh seberat hanya 59.2-gram bersama kerangka logam. Seperti kebanyakan jam tangan pintar lain, ia menyokong pelbagai ciri kecergasan dan kesihatan termasuk pemantauan kadar denyutan jantung, pemantauan oksigen dalam darah, pengurusan kesihatan peribadi serta kemudahan menjejak tahap kesihatan pada bila-bila masa.

image is not available

Lebih 100 mod sukan terbina turut disediakan dengan kemampuan penjejakan senaman tersuai untuk memudahkan pengguna. Dalam masa sama, bateri berkapasiti 350mAh digunakan dengan ketahanan sehingga 12 hari untuk penggunaan biasa dan 40 hari dalam mod siap sedia. Bagi yang berminat, jam tangan ini dijual di Malaysia pada harga RM299 seutas.