Telefon Skrin Lipat-Tiga Tecno Phantom Ultimate G Fold Dijangka Diperkenalkan Dalam Masa Terdekat

TechnologyDigital
12 Jul 2025 • 5:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno sekali lagi mencuri perhatian dengan peranti konsep terbaharu mereka Phantom Ultimate G Fold yang dijangka dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Julai ini. Peranti ini menampilkan rekaan engsel berbentuk-G yang melipat ke arah dalam bagi membolehkan paparan utama terlindung sepenuhnya apabila ditutup.

image is not available

Rekaan ini bertujuan membantu melindungi paparan utama daripada calar dan kerosakan apabila peranti dilipat sepenuhnya. Ia juga dilengkapi dengan paparan bertutup di bahagian kiri yang membolehkan pengguna mengakses fungsi asas tanpa perlu membuka keseluruhan peranti. Di bahagian belakang, terdapat tiga kamera yang disusun secara mendatar bersama rangka perak pusam yang menampilkan rekaan yang ringkas dan moden.

image is not available

Setiap komponen peranti direka dengan bentuk yang langsing, namun apabila dilipat, ketebalannya dianggarkan sekitar 13mm. Tecno menyatakan bahawa peranti ini direka untuk menjadi antara telefon lipat-tiga ternipis yang pernah diperkenalkan. Ciri ini terhasil melalui penggunaan engsel mini dan lapisan skrin khas yang membolehkan paparan utama dibuka sepenuhnya tanpa isu lipatan ketara.

Setakat ini, Huawei merupakan satu-satunya jenama yang telah melancarkan telefon lipat-tiga secara komersial kepada pengguna. Tecno dan Samsung dijangka memperkenalkan peranti lipat-tiga mereka dalam masa terdekat namun Phantom Ultimate G Fold masih kekal sebagai peranti konsep dan belum memasuki fasa pengeluaran secara meluas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved