Tentera tembak mati sembilan penyeludup dadah

30 Sep 2026 • 4:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tentera tembak mati sembilan penyeludup dadah

BANGKOK – Sekurang-kurangnya sembilan suspek disyaki penyeludup dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di kawasan hutan di wilayah Chiang Rai, Thailand, lapor laman berita Bangkok Post. 

Pihak berkuasa turut merampas dadah jenis kristal methamphetamine seberat 272 kilogram dalam kejadian itu. 

Pasukan terdiri daripada anggota tentera, polis dan pegawai kerajaan memeriksa lokasi kejadian kelmarin sebelum menemukan 16 beg galas yang diubah suai dan dipenuhi dadah. 

Komander unit Khas Thap Chao Tak di bawah Pasukan Petugas Pha Muang, Kolonel Suphan Roiphit berkata, sembilan mayat turut ditemukan di lokasi berkenaan. 

Kejadian berlaku selepas anggota tentera mengesan sekumpulan penyeludup yang terdiri daripada 15 hingga 17 lelaki berjalan melalui kawasan hutan di kampung Pang Mahan Moo 8 di tambon Therd Thai sekitar pukul 8.10 malam (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Anggota keselamatan mengarahkan kumpulan itu untuk berhenti bagi pemeriksaan, namun mereka melepaskan tembakan menggunakan senjata api yang tidak dapat dikenal pasti. 

“Tembak-menembak berlaku selama kira-kira 10 minit sebelum kumpulan itu berundu,” kata Suphan.

Tiada anggota tentera cedera dalam kejadian berkenaan. Phak berkuasa kemudian mengerahkan tiga pasukan operasi tambahan untuk mengawal kawasan tersebut.

Komander Pasukan Petugas Pha Muang merangkap Pengarah Pusat Operasi Membanteras Dadah, Mejar Jeneral Sathit Waiyanon mengarahkan semua unit untuk kekal berwaspada bagi memintas dan membanteras kegiatan penyeludupan dadah di sepanjang kawasan sempadan.

Berdasarkan maklumat risikan daripada pasukan berkenaan, kumpulan penyeludup masih berusaha membawa masuk dadah ke Thailand melalui daerah Mae Fa Luang, dengan tujuan untuk diedarkan ke beberapa wilayah lain di negara itu. – AGENSI

 

The post Tentera tembak mati sembilan penyeludup dadah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved