Terima kasih kakakku Siti Nurhaliza kerana mendoakan – Kmy Kmo

Entertainment
23 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Terima kasih kakakku Siti Nurhaliza kerana mendoakan – Kmy Kmo

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Kmy Kmo mendedahkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menyampaikan doa agar bapanya yang kini diuji masalah kesihatan, kuat berdepan ujian.

Berkomunikasi menerusi pesanan WhatsApp, Kmy Kmo atau nama penuhnya Lukmanul Hakim berkata penyanyi itu turut berpesan agar dia memperbanyakkan zikir agar diberi ketenangan dalam menghadapi dugaan.

“Terima kasih juga kakakku, Siti Nurhaliza yang menghantar pesanan suara, mendoakan abah untuk abah terus kuat dan teruskan berzikir.

“Walaupun abah sudah dua hari intubasi, bernafas bergantung pada mesin, abah tetap nampak kuat semangat,” katanya.

Kmy juga memberitahu bahawa bapanya tidak putus menerima kehadiran orang sepanjang dirawat di hospital berkenaan.

“Terlalu ramai orang datang ziarah abah siang tadi. Sampai habis waktu melawat.

“Bila siang berganti malam, aku dan adik aku pun berganti jadual dengan kakak-kakak dan adik perempuan aku.

“Memang tiap kali abah atau umi sakit, kita susun yang perempuan jaga siang, anak lelaki jaga malam,” katanya lagi.- UTUSAN

The post Terima kasih kakakku Siti Nurhaliza kerana mendoakan – Kmy Kmo appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved