Terima kasih sudi ikuti ucapan dasar saya, tak kira di dalam negara atau di luar negara -Zahid

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Terima kasih sudi ikuti ucapan dasar saya, tak kira di dalam negara atau di luar negara -Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mengikuti ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, termasuk mereka yang berada di luar negara.

Ajak orang ramai ikuti ucapan penggulungan

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid mengajak semua pihak untuk terus bersama beliau bagi mengikuti ucapan penggulungan yang akan disampaikan pada petang ini.

“Assalamualaikum dan selamat pagi anakanda semua. Terima kasih kerana sudi mengikuti ucapan dasar saya semalam, tidak kira anda berada di dalam negara mahupun di luar negara.
“Insya-Allah petang ini saya akan menyampaikan ucapan penggulungan. Teruskan bersama saya, di mana jua anda berada,” tulisnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 turut meminta anak didik untuk belajar daripadanya mengenai cara diplomasi MADANI.

Perkara tersebut disentuh selepas Ahmad Zahid menggunakan istilah ‘guru’ dalam ucapan dasar Presiden UMNO ketika menggesa pihak berkenaan supaya mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat.

Dalam ucapan dasar pada PAU 2026 semalam, Ahmad Zahid turut menyentuh mengenai perubahan dasar ekonomi yang disifatkan boleh menimbulkan ketidakpastian serta kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved