'Terima kasih terima lelaki gagal segalanya' - Datuk Red akhiri zaman duda, kahwini Rohanita

3 Jul 2026 • 3:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Terima kasih terima lelaki gagal segalanya' - Datuk Red akhiri zaman duda, kahwini Rohanita
Personaliti media sosial Datuk Red selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hati, Rohanita,
Image from: 'Terima kasih terima lelaki gagal segalanya' - Datuk Red akhiri zaman duda, kahwini Rohanita
Detik bahagia itu dikongsikan secara langsung menerusi siaran langsung di platform TikTok sekali gus menyaksikan ribuan netizen tumpang gembira dan menitipkan doa buat pasangan ini.

KEMBALI bergelar suami, personaliti media sosial Datuk Red selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hati, Rohanita, dalam satu majlis pernikahan pada Jumaat.

Detik bahagia itu dikongsikan secara langsung menerusi siaran langsung di platform TikTok sekali gus menyaksikan ribuan netizen tumpang gembira dan menitipkan doa buat pasangan ini.

**media[3570236]**

Memilih tema putih untuk busana pengantin, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 48, bersama Rohanita kelihatan sama cantik sama padan untuk majlis ijab kabul yang diadakan di sebuah masjid di ibu negara.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Datuk Red sempat menitipkan luahan rasa syukur dan penghargaan terhadap Rohanita itu yang sanggup menerima dirinya seadanya.

"Dia tahu susahku, dia tahu kekuranganku, dia tahu kebencian orang terhadapku, tapi dia memilih untuk tidak pergi.

"Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala-galanya. Sayang @rhnita hingga akhir hayatku," tulisnya.

Datuk Red sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Adira Suhaimi sebagai isteri kedua pada Disember 2015 sebelum disahkan bercerai pada April 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4. - Sinarplus

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved