
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tak dinafikan tidak semua orang mempunyai kesenangan hidup yang sama, ada segelintir diuji dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Namun perkara itu tidak memutuskan semangat mereka untuk berusaha agar mendapat kehidupan yang lebih baik.
Ada yang melakukan dua ke tiga kerja dalam satu hari untuk mendapatkan wang lebih, dan ada juga yang berniaga sebagai alternatif untuk mencari pendapatan.
Makcik tertidur ketika tunggu pelangan beli nasi lemak raih perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang makcik di Pulau Pinang. Namun kisahnya menjadi perhatian warga net selepas fotonya tular di TikTok.
Menerusi hantaran foto yang dikongsikan oleh Kak Pinat, kelihatan makcik menjual nasi lemak tertidur sewaktu menunggu kehadiran pelanggan untuk membeli makanan yang dijual.
Jelas Kak Pinat di ruangan komen, mak cik itu tidak menjual nasi lemak untuk mencari kekayaan sebaliknya adalah untuk meneruskan kehidupan.
“Makcik ni terlena tunggu orang beli nasi lemak bawah panas terik. Dia bukan berniaga nak kaya, cuma bertahan hidup. Sejak kebelakangan ini perniagaan tak berapa baik. Nasi makcik ni sedap, sambal dan gulai udang pun sedap,” ujar Kak Pinat.
Malah Kak Pinat turut menyeru orang ramai untuk singgah ke kedai makcik berkenaan untuk memberikan sokongan.
Jual nasi lemak berharga RM1.50 sahaja
Jelasnnya lagi, makcik terbabit turut berjual dengan hanya menggunakan basikal tua sebagai kenderaannya.
Bukan hanya itu, nasi lemak yang dijual juga murah pada harga RM1.50 sahaja.
“Tolonglah support, teringat arwah mak, macam ni lah. Bila jalan lengang, tak ada pelanggan. Terlelap, keletihan, tidur lambat. Bangun awal untuk buat nasi lemak.”
Di ruangan kapsyen, Kak Pinat turut berkongsi lokasi kedai makcik berkenaan yang terletak di Simpang Tiga Ara Kuda bersebelahan tanah perkuburan Masjid Aceh Ara Kuda di Pulau Pinang.
Tonton foto di sini.
Ramai simpati dan nak bantu beli jualan makcik berkenaan
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan makcik tersebut dan ingin membantu untuk melariskan lagi jualan wanita tersebut.
Malah ada yang juga yang mengatakan mereka juga pelanggan makcik tersebut dan membeli nasi lemak kerana teringatkan ibu sendiri.
Ada juga yang menyifatkan nasi lemak yang dijual tidak hanya sedap bahkan tidak kedekut kerana mempunyai isi yang banyak.
Menerusi update terbaharu dari netizen, ramai yang sudah berkunjung ke kedai makcik tersebut untuk memberi sokongan kepadanya.
Bahkan ada yang mengatakan kelihatan banyak kereta berhenti di kedai makcik tersebut.


“Allah, sedihnya. Ujian untuk kami yang berniaga nasi lemak ni. Saya pun sama, kelmarin buat 39 bungkus sahaja. Yang laku baru 15 bungkus. Tunggu sampai pukul 11 pagi tak ada orang datang beli. Akhirnya bagi sahaja dekat siapa yang lalu..”

“Dia meniaga lama dah. Memang kesian kadang-kadang dah pukul 11 lalu masih banyak lagi. Nasi lemak udang dia sedap lepas tu tak kedekut pula, bagi banyak-banyak..”

“Saya sanggup datang dari Sungai Petani, balik kerja terus ke gerai makcik untuk support. Walau pun saya tak dapat nak rasa nasi lemak yang makcik buat tu, saya mampu sedekat je, walaupun tak banyak”

“Ramai kereta dekat kedai makcik hari ni. Alhamdulillah, terima kasih untuk semua yang beli nasi lemak makcik ni hari ni”


![Wanita Terkejut Besi Terjatuh Dari Flyover, Tembus Cermin Kereta Hingga Pecah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)

![Betul Ke Gigi Ibu Rosak Jika Mengandung Atau Susukan Bayi? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
