Tiada kenderaan Exco memasuki Wisma Negeri

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 11:29 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada kenderaan Exco memasuki Wisma Negeri

SEREMBAN: Tiada kenderaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan dikesan memasuki Wisma Negeri di sini setakat pukul 10 pagi tadi.

Ia dimaklumkan oleh pihak keselamatan kepada media yang menunggu di luar Wisma Negeri susulan laporan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 Exco negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan lewat malam tadi dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati semua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan masing-masing.

Sementara itu, beberapa orang exco telah dilaporkan menerima surat pembatalan jawatan tersebut namun enggan mengulas lebih lanjut.

Dalam pada itu, petugas media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri di sini hari ini kecuali mempunyai urusan rasmi serta mendapat kebenaran pihak berkaitan.

Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) juga memaklumkan kawalan berkenaan mula diperketatkan sejak 18 September lalu.

“Untuk makluman, mereka yang mempunyai urusan rasmi sahaja dibenarkan memasuki Wisma Negeri.

“Jika terdapat sebarang sidang media, surat nota kepada pengarang dan Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan perlu ditunjukkan di Balai Pengawal bagi memudahkan urusan hadir di lokasi sidang media,” katanya.

The post Tiada kenderaan Exco memasuki Wisma Negeri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved