Tiada lagi gangguan bunyi treler dari Singapura

LocalEnvironment
18 Aug 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada lagi gangguan bunyi treler dari Singapura

PONTIAN – Penduduk Mukim Sungai Karang menarik nafas lega apabila aktiviti treler membawa sisa binaan dari negara jiran ke daerah ini terhenti sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu bukan sahaja mengurangkan pergerakan kenderaan berat, malah habuk akibat kerja-kerja berkaitan juga sema­kin berkurangan.

Ketua Kampung Kawasan (2) Mukim Sungai Karang, Abdullah Mohd. Said berkata, tiada treler membawa sisa bahan binaan dikesan memasuki kampungnya sejak beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah, keadaan sudah sunyi, tiada lagi gangguan bunyi kenderaan.

“Habuk pun makin berkura­ngan dan penduduk dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Abdullah, sebelum ini penduduk terpaksa berdepan gangguan bunyi akibat pergerakan treler yang melalui kawasan kampung, selain keadaan berhabuk terutama ketika cuaca panas.

Beliau turut menghargai tindakan pantas Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkaitan yang mengambil perhatian terhadap aduan penduduk sehingga kea­daan kembali tenang.

“Terima kasih kepada semua pihak yang membawa isu ini kepada Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Penduduk turut berharap agar pemantauan berterusan dapat dilakukan oleh pihak berkaitan bagi memastikan gangguan operasi, habuk dan kenderaan berat tidak berulang kembali, selain kampung kekal selamat, bersih dan selesa untuk didiami.

The post Tiada lagi gangguan bunyi treler dari Singapura appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved