Tiada usul tidak percaya terhadap Ismail

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 12:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada usul tidak percaya terhadap Ismail

SEREMBAN: Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan datang.

Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Dr. Awaludin Said berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima notis atau cadangan usul berkaitan perkara itu daripada mana-mana pihak.

“Jadi saya nafikan bahawa ada cadangan seperti itu. Saya berpendapat bahawa perkara yang hendak dibawa ke dalam DUN mestilah pihak kerajaan yang akan putuskan.

“Selagi pihak kerajaan belum putuskan apa-apa tindakan yang perlu dibuat, saya di peringkat DUN akan tetap mempertahankan keputusan tersebut,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir pada pelancaran Program Masyarakat Negeri Sembilan (Manes) dan menyampaikan bantuan kebajikan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Majlis pelancaran program disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Awaludin mengulas dakwaan di media sosial bahawa usul undi tidak percaya akan dikemukakan terhadap Ismail berikutan kemelut antara istana dengan Pembesar Memerintah Bersama Negeri Sembilan yang kembali hangat ketika ini.

Dakwaan itu muncul berikutan Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 3 Ogos lalu.

Persidangan DUN Negeri Sembilan akan datang dijadual berlangsung selama lima hari dengan istiadat perasmian oleh Tuanku Muhriz pada 16 Oktober ini. – UTUSAN

The post Tiada usul tidak percaya terhadap Ismail appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved