Tiga kenderaan terbakar dalam kejadian di Kapar

28 Sep 2026 • 11:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga kenderaan terbakar dalam kejadian di Kapar

SHAH ALAM, 28 SEPT: Tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal terbakar dalam kejadian di Blok B, Apartment Meru Impian, Kapar pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.07 pagi itu, sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora terbakar 80 peratus, manakala Toyota Vios musnah 60 peratus.

Sebuah motosikal Yamaha Avantiz pula terbakar 30 peratus dalam kejadian berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan tiga kenderaan dan anggota segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari tangki pam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.50 pagi dengan operasi membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera.

Operasi pemadaman tamat pada jam 6.20 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved